Tuesday, August 9, 2011

PERJUMPAAN IMAM & YAYASAN MELAKA

Melaka, 8 Ogos 2011- Satu perjumpaan telah diadakan di antara AJKT IMAM dan Pengurusan Yayasan Melaka di bangunan rasmi Yayasan Melaka. AJKT IMAM diwakili oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM) manakala Pengurusan Yayasan Melaka diwakili oleh En.Sharabuddin Bin Kudus (Pengurus Besar Yayasan Melaka). Perjumpaan tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan antara IMAM & Yayasan Melaka. Semoga perjumpaan tersebut akan mendatangkan manfaat kepada mahasiswa Melaka. insyaALLAH...



En. Sharabuddin dan saudara Iqbal

Sunday, August 7, 2011

PERJUMPAAN IMAM & TAPEM

Melaka, 4 Ogos 2011- Satu perjumpaan telah diadakan di antara AJKT IMAM dan Pengurusan TAPEM di pejabat rasmi TAPEM. AJKT IMAM diwakili oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM) manakala Pengurusan TAPEM diwakili oleh En.Karim Yaacob (Pengurus Besar TAPEM). Perjumpaan tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan antara IMAM & TAPEM. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut. Di antaranya adalah bilangan pelajar baru TAPEM yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir. Semoga perjumpaan tersebut akan mendatangkan manfaat kepada mahasiswa Melaka. insyaALLAH...

saudara Iqbal sedang memperkatakan sesuatu kepada En. Karim


 En.Karim dan saudara Iqbal