Sunday, February 12, 2012

KEMENTERIAN KESIHATAN LARANG RAWATAN LINTAH

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain. 

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan. 

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah. 

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil. 
Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit. 

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya. 

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.



Sumber : Berita Harian Online

Saturday, February 11, 2012

PERLAWANAN FUTSAL 2012


8 Febuari 2012 - Satu perlawanan futsal telah diadakan hasil kerjasama antara Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir dan Kelab UMNO Kaherah. Perlawanan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa-mahasiswa seluruh Kaherah.  Perlawanan telah diadakan di stadium tertutup bertempat di Nadi Riyadhi.
            Sebanyak 12 pasukan telah berdaftar untuk menyertai perlawanan tersebut. Hadiah untuk tempat pertama wang tunai sebanyak 1000 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan 360, tempat kedua wang tunai sebanyak 700 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan MARK FC , dan tempat ketiga wang tunai sebanyak 500 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan Lebah. Hadiah saguhati tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Asparagus serta sijil penyertaan bagi semua peserta.
            Majlis penyampain hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka di Mesir, Ustaz Muhd Anwar bin Idris. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ilya, Pengerusi MTP Negeri Sembilan dan Ustaz Badrul, Bekas Pengerusi MTP Negeri Sembilan kerana sudi menjadi pengadil pada hari perlawanan. Diharapkan program mega seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Kumpulan 360 selaku Juara 

Barisan pemain dan penonton

Kumpulan MARK FC selaku Naib Juara 

Semasa perlawanan berlangsung

Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris bersama para urusetia program



Semasa perlawanan berlangsung


Penyampaian hadiah oleh Ustaz Anuar kepada wakil Kumpulan 360

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN


5 Januari 2012 -  Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) dengan kerjasama Kelab UMNO Kaherah  telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin. Majlis ini telah diadakan di Surau Wisma Seri Melaka.  Majlis ini bertujuan sebagai persediaan kepada mahasiswa dan mahasiswi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
            Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian, diikuti dengan bacaan Yassin, solat Isyak berjemaah dan solat sunat hajat. Majlis telah diketuai oleh Ustaz Hafiz bin Datuk Hamzah selaku pengerusi Kelab UMNO Kaherah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.