Tuesday, April 12, 2011

KELAS PENGAJIAN ISLAM

HARI : SELASA

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB                 

TEMPAT : SURAU WISMA SERI MELAKA

PENGAJAR : UST MOHD ADNAN BIN ABD WAHAB

*Kelas ini terbuka kepada semua pelajar. Sesiapa yang berminat boleh lah menghadirkan diri.

KELAS ANATOMY



HARI : SETIAP JUMAAT & SABTU


MASA : 9.30 PAGI


TEMPAT : SURAU WISMA SERI MELAKA


BAYARAN:100LE


TOPIK : UPPER LIMB


*Setiap perubahan akan diberitahu dari ke semasa ke semasa...
bagi siapa yg berminat,sila hadir pada hari Jumaat ini bersamaan 15/4/2011
HARI : SETIAP JUMAAT & SABTU 
MASA : 9.30 PAGI

TEMPAT : SURAU WISMA SERI MELAKA

BAYARAN : 100LE 

TOPIK : UPPER LIMB



*Setiap perubahan akan diberitahu dari ke semasa ke semasa.. Bagi sesiapa yg berminat,sila hadir pada hari Jumaat ini bersamaan 15/4/2011.. Maklumat lanjut boleh merujuk kepada jabatan akademik, saudara Syed Luqman Hakim dan saudari Ku Hanisah Hassan...

Sunday, April 10, 2011

KUNJUNGAN PRIHATIN IMAM

Kaherah, 6 April 2011- Beberapa orang AJKT IMAM yang diketuai oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM) telah berkunjung ke rumah seorang pelajar Malaysia  yang disahkan mengalami tekanan perasaan. Nama pelajar tersebut adalah Ahmad Bin Razali merupakan pelajar di bawah tajaan negeri Perlis. Namun kini, pelajar berkenaan telah menumpang di rumah Kuala Lumpur memandangkan rumah Perlis masih belum di buka. Para pelajar Melaka juga turut menghulur bantuan dengan mengadakan derma kilat bagi meringankan sedikit sebanyak bebanan yang di hadapi. Dana yang dikumpul juga bertujuan bagi membantu menampung kos perjalanan pulang pelajar bekenaan ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan di sana.

saudara Iqbal menziarahi Ahmad 

penyerahan hasil wang derma kilat kepada Mokhtar Bin Razali (abang kepada Ahmad)

Di harapkan kepada semua sahabat dapat mendoakan saudara Ahmad cepat sembuh daripada sakitnya.

Sunday, April 3, 2011

PERJALANAN IMAM KE MUHAFAZAH BELUM SELESAI

MANSOURA


Mansoura, 1 April 2011- Usaha wakil-wakil IMAM menjelajah ke muhafazah tidak hanya berhenti di Iskandariah. Dengan segala tenaga dan kesungguhan yang ada, perjalanan kami diteruskan lagi ke Mansoura.  Ketibaan kami telah disambut baik oleh saudara Amin iaitu pelajar tahun 5 perubatan Mansoura Manchester di bawah tajaan Tapem dan para sahabat yang lain. Walaupun bilangan kehadiran para pelajar yang hadir tidak seperti yang di jangka, namun itu bukanlah menjadi satu medium untuk mematahkan semangat kami untuk terus berjuang membetulkan spekulasi negatif yang di salah anggap oleh pelajar muhafazah terhadap IMAM. Namun kehadiran segelintir pelajar telah menaikkan lagi semangat kami utk lebih dekat dgn ahli di muhafazah. Perjumpaan tersebut dimulakan dengan sesi ta'aruf daripada wakil IMAM dan kemudian diikuti dengan ahli-ahli yang lain.

antara pelajar tahun 5 perubatan mansoura manchester yg hadir dan sempat beramah mesra dengan wakil IMAM

penerangan dan penjelasan daripada saudara Shahir (Setiausaha IMAM)

Dr. Amin iaitu pelajar tahun 5 mansoura manchester yang bertanggungjawab menjayakan program ini serta mengumpulkan pelajar Melaka Mansoura

gambar kenangan para pelajar Mansoura dan wakil IMAM...

Jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang mampu meluangkan masa dan tenaga untuk menghadiri majlis ini. Walaupun secara fizikalnya hanya sebahagian kecil sahaja yg menghadiri program ini, namun kami percaya itu tidak bermakna yang lain tidak menyokong gerak kerja IMAM tetapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa mengutamakan urusan masing-masing yang lebih penting dalam menuju kejayaan. Kami amat menghargai sokongan para pelajar perubatan dan pengajian Islam di semua muhafazah.

SYUKRAN JAZILAN....  



Saturday, April 2, 2011

PERJALANAN IMAM KE MUHAFAZAH

ISKANDARIAH


Iskandariah, 31 Mac 2011- Lima orang wakil IKATAN MAHSISWA ANAK MELAKA (IMAM) MESIR yang diketuai oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM) telah mengatur langkah ke muhafazah iaitu ke Iskandariah untuk berjumpa dengan anak-anak Melaka di sana. Program ini yang di namakan sebagai "Ziarah Ikhwan"  bertujuan untuk memperkenalkan IMAM kepada semua anak Melaka dalam pengajian perubatan dan pengajian islam di muhafazah. 

majlis di mulakan dengan ucapan daripada saudara Syed Luqman (Ketua Penerangan IMAM)

seterusnya, ucapan daripada saudara Iqbal... masalah kesihatan bukan penghalang untuk beliau menyampaikan ucapan yg mantap

para pelajar khusyuk mendengar ucapan wakil IMAM..

wakil pelajar perubatan Iskandariah yang hadir...

saudara Iqbal telah di jemput untuk mencabut nombor bertuah...

di antara yang bertuah pd malam itu......



wakil pelajar Iskandariah atau mandub juga tidak ketinggalan untuk menjadi di antara yg bertuah...

barisan kepimpinan segak bergaya...

wakil-wakil IMAM yang tidak ketinggalan berjumpa anak-anak Melaka Iskandariah..

antara pelajar yang hadir dalam majlis dan sempat bergambar bersama wakil IMAM...

ALHAMDULILLAH....dengan keizinan ALLAH akhirnya apa yang dirancang berjalan lancar. Sekalung terima kasih diucapkan kepada mandub di Iskandariah, saudara Rahman kerana membantu menjayakan majlis ini.