Monday, July 18, 2011

FADHILAT BULAN SYA'ABAN


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Saturday, July 2, 2011

SALAM WIDA'

2 Julai 2011, Kaherah - Selepas solat fardhu zohor berjemaah di surau WSM semua penghuni dijemput untuk menghadiri majlis perpisahan bersama Dato Haji Abd. Rahim Bin Haji Abu dan Ustaz Said. Majlis ini merupakan majlis terakhir bagi meraikan kedatangan beliau ke Mesir sekali gus kepulangan beliau ke tanah air semula.Di atas keprihatinan mereka berdua, Dato Hj Abd. Rahim dan Ustaz Mohd Said telah meninggalkan beberapa nasihat serta harapan kepada mahasiswa dan mahasiswi Melaka di Mesir. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Mohd Said. Dalam ucapan beliau ada menekankan agar semua mahasiswa dan mahasiswi menyediakan diri dalam menghadapi segala cabaran di alam pekerjaan apabila pulang ke tanah air nanti. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Dato Hj Abd. Rahim. Beliau telah berpesan bahawa kita sebagai manusia harus meletakkan keegoan kita di tempat yang sepatutnya dan jagan membiarkan keegoan menguasai diri. Beliau telah meninggalkan satu ungkapan yang memberi maksud yang mendalam dan memberi erti dalam diri semua untuk direnungkan.Ungkapan tersebut ialah :

K - Kerjasama dan kreatif
I - Inisiatif
S - Sensitif
S - Sabar

S - Sentiasa
M - Merancang
A - Akur dalam hak masing2
R - Rasional
T - Tetapan (takdir)



Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Dato Haji Abd. Rahim pada jam 1315.

KURSUS KEMAHIRAN SENSITIVITI

1 Julai 2011, Kaherah - Seramai kira - kira 33 orang mahasiswa serta mahsiswi pengajian islam dan perubatan  Melaka, Mesir yang terdiri daripada 12 mahasiswa dan 21 mahasiswi telah menghadiri Bengkel Kursus Kemahiran Sensitiviti Bagi Kecemerlangan Diri. Kursus ini juga disambut baik oleh pihak Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar Negeri Sembilan dengan kehadiran 5 orang mahasiswa dan mahasiswi mereka.  Kursus ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Said. Dato Haji Abd Rahim Bin Haji Abu (Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM)  selaku pengendali serta penceramah bagi bengkel ini. Bengkel ini telah diadakan di ruangan Kafeteria Wisma Seri Melaka  jam 0800 waktu Mesir. Kursus ini dimulakan dengan sedikit pengenalan program serta diikuti oleh aktiviti berkumpulan. Para pelajar telah dibahagi kepada 4 kumpulan kecil iaitu, 2 kumpulan dari pihak mahasiswi dan 2 kumpulan dari mahasiswa. Aktiviti ini telah memberi pelbagai pengajaran serta moral dalam diri semua pelajar yang terlibat. Antaranya ialah sikap saling membantu, kerjasama, simpati, yakin serta berfikiran terbuka. Kemudian kursus diteruskan lagi dengan sedikit ulasan kesimpulan oleh penceramah. Majlis penutup  dimulakan dengan ucapan sepatah dua kata oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka, Mesir, Ustaz Muhd Anwar Bin Idris. Upacara penyampaian sijil kepada para pelajar telah menutup tirai Kursus Kemahiran Sensitiviti yang telah berjaya diadakan hasil kerjasama Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM, Pegawai HEP Melaka, Mesir dan  Pembantu Pegawai HEP Melaka, Mesir, Encik Ridwan Bin Abu Samah. Pelajar dibenarkan bersurai kira-kira jam 1200.

Proses pengenalan objektif kursus oleh Dato Rahim

Antara aktiviti berkumpulan bagi pelajar perempuan

Antara aktiviti berkumpulan bagi mahasiswa

Saudari Nur Azleen merupakan salah seorang mahasiswi yang menerima sijil  

Saudara Rifqi ketika menerima sijil penyertaan

Barisan mahasiswa yang menyertai kursus tersebut

Para mahasiswi yang mengikuti kursus ini

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini...