LATAR BELAKANG


PENGENALAN IMAM



IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA atau ringkasnya IMAM telah diumumkan secara rasminya pada 28 DISEMBER 2010 bertempat di Wisma Seri Melaka oleh Ketua Menteri Melaka Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Ali bin Muhd Rustam.
Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka bagi mencapai kecemerlangan akademik dan juga sahsiah diri. Di samping itu,penubuhan persatuan ini dapat membantu anak-anak Melaka mengenai profesionalisme supaya mereka lebih bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran di alam kerjaya kelak. Selain itu,berusaha mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, sihat dan cergas juga merupakan matlamat penubuhan persatuan ini.
Selaras dengan visi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) yang bercita-cita untuk melahirkan graduan Melaka yang bersahsiah, intelek, dan penggerak ummah.

OBJEKTIF PENUBUHAN

1) Mendidik ahli untuk menjadi lebih berintegrasi dan boleh bekerjasama antara satu sama lain.

2) Menyemai sikap keterbukaan dalam kalangan ahli IMAM.

3) mewujudkan ahli yang berpengetahuan luas.

4) Menyumbang bakti kepada agama, Kerajaan Negeri Melaka dan seterusnya              negara Malaysia.

5) Membina ahli yang berdisiplin tinggi. 


 VISI

Melahirkan graduan Melaka yang bersahsiah, intelek, dan penggerak ummah.

MISI

Mengutamakan kebajikan di samping memantapkan akademik, sahsiah, rohani dan ukhwah dalam  kalangan ahli IMAM.

SEJARAH PENUBUHAN

Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir merupakan satu persatuan yang ditubuhkan hasil perbincangan dan persetujuan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Kunjungan Ketua Menteri Melaka serta para pegawai ke penempatan para pelajar yakni Wisma Seri Melaka, Mesir bertujuan untuk mengumumkan idea pembentukan persatuan baru ini kepada semua pelajar perubatan dan pengajian islam Melaka. Tanggal 28 Disember 2010 telah menjadi tarikh keramat bagi IMAM sekali gus menjadi tarikh penubuhan persatuan ini.

Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir telah didaftarkan dan bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah secara rasmi pada 2 Mac 2011 dan telah berjaya didaftarkan sebagai persatuan perwakilan pelajar Melaka di Mesir dengan nombor pendaftaran KBMK / PPP 11.

Majlis Pelancaran IMAM secara rasmi telah diadakan di dewan sekolah SMK Dato Abdul Rahman Yaakob, Merlimau pada hari Sabtu bersamaan 5 Mac 2011 oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.


Logo IMAM mengandungi : 

AL-QURAN :
Melambangkan sumber rujukan utama, sumber ilmu pengetahuan dan pegangan hidup umat islam.

BULAN SABIT DAN BINTANG : 
Melambangkan  agama ISLAM sebagai agama rasmi Malaysia.

TOPI GRADUASI : 
Melambangkan kecemerlangan akademik yang merupakan tujuan utama pelajar ke Mesir.

TIGA JALUR WARNA : 
Melambangkan tiga daerah dalam negeri Melaka iaitu Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.

SEGI TIGA :
Melambangkan keseimbangan akademik dan sahsiah.

WARNA PUTIH : 
Melambangkan kesucian agama ISLAM.

WARNA KUNING :
Melambangkan kedaulatan negara berpelembagaan.

WARNA HITAM :
Melambangkan kemegahan sebagai rakyat Melaka dan Malaysia.

WARNA MERAH :
Melambangkan keberanian menghadapi cabaran-cabaran globalisasi.