بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Pada 25 September 2013 yang lalu,satu majlis perjumpaan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bersama YAB Ketua Menteri Melaka telah diadakan di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka. Perjumpaan tersebut bertujuan mencari solusi yang terbaik untuk semua pelajar mengenai urusan pengajian mereka di sana. Perjumpaan tersebut turut disertai oleh ibu bapa pelajar, wakil-wakil dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Lembaga Farmasi Malaysia (LMF) , Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
Dalam perjumpaan tersebut, banyak perkara yang telah disampaikan demi kebaikan bersama. Para pelajar digalakkan membuat permohonan ke IPT secara atas talian (online) melalui link berikut : http://www.moe.gov.my/ . Sebarang hebahan maklumat boleh diperoleh daripada Education Malaysia Egypt (EME) dan Student World.
Setelah majlis tersebut berakhir, tiga orang wakil daripada persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir telah berkesempatan mengadakan satu perbincangan ringkas dengan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir. Idris Haron. Perjumpaan ini diwakili oleh :
- Syed Luqman Hakim bin Syed Alwi (Pengerusi IMAM)
- Ahmad Sauqi bin Mohamad Ehsan (Naib Pengerusi IMAM)
- Muhammad Syafiq bin Mansor (Ketua Penerangan IMAM)
YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir. Idris Haron sedang memberikan ucapan. |
Wakil AJK IMAM bersama dengan YAB Ketua Menteri Melaka. |