Monday, October 24, 2011

ISU TERKINI

PROJEK PR1MA


 MOHD Ali meninjau replika rumah selepas merasmikan Program Rumah Pertamaku dan Hari Bertemu Pelanggan Dewan Undangan Negeri  Bukit Baru 2011.
MOHD Ali meninjau replika rumah selepas merasmikan Program Rumah Pertamaku dan Hari Bertemu Pelanggan Dewan Undangan Negeri Bukit Baru 2011.
Kerajaan negeri tawar tanah supaya harga lebih murah berbanding semasa 

MELAKA TENGAH: Kerajaan negeri akan memohon kepada Kerajaan Pusat supaya Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) turut dilaksanakan di Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata PR1MA boleh membangunkan tanah milik kerajaan di negeri ini dan melalui program itu, harga rumah yang ditawarkan jauh lebih murah, berbanding di pasaran semasa, selain pengecualian sepenuhnya duti setem.
"Saya berharap Kerajaan Pusat selepas ini dapat melaksanakan PR1MA di negeri ini dalam usaha memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana yang terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi khususnya pengangkutan," katanya selepas merasmikan Program Rumah Pertamaku dan Hari Bertemu Pelanggan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru 2011 dekat sini, semalam. 

Program itu membabitkan penyertaan 35 agensi daripada pelbagai sektor antaranya pemaju perumahan, kewangan, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan kerajaan dan syarikat swasta. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Sazali Muhd Din. 

Sementara itu, Sazali berkata, sebanyak 413 unit rumah bernilai kira-kira RM85.6 juta ditawarkan pada program berkenaan antaranya rumah teres setingkat, teres dua tingkat dan apartmen kos rendah di sekitar negeri ini. 

"Selain itu, program ini juga bertujuan menggalakkan kakitangan awam dan swasta memiliki rumah atau rumah kedua yang boleh dijadikan aset dan pelaburan mereka pada masa akan datang, selain sasaran program bagi mereka yang tidak layak memohon pinjaman kerajaan," katanya. 

No comments:

Post a Comment