Rentetan dari berita yang di sebarkan di dada-dada akhbar, terdapat pelbagai tanggapan atau spekulasi yang timbul dalam kalangan orang awam tidak kira sama ada dalam kalangan orang Malaysia di Mesir mahupun di tanah air sendiri. Oleh itu, pihak Education Malaysia Egypt ( EME ) telah mengambil langkah berjaga-jaga agar fenomena yang telah berlaku pada awal tahun ini tidak berulang lagi. Pihak EME telah mengeluarkan arahan agar semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir kini berhati - hati dalam setiap tindakan seperti tidak melibatkan diri dalam mana-mana perhimpunan politik Mesir, tidak memberi sebarang kenyataan pandangan atau pendapat berkaitan keadaan politik di Mesir bagi menjaga sensitiviti semua pihak dan semua persatuan atau kesatuan pelajar yang terdapat di Mesir dilarang sama sekali mengeluarkan atau mematuhi mana-mana ' Pekeliling ' yang dikeluarkan kecuali ' Pekeliling ' yang dikeluarkan hanya dari pihak kedutaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Para pelajar juga di nasihatkan agar tidak pergi ke tempat-tempat yang dipercayai tidak selamat atau terdapat perhimpunan walau dengan apa-apa tujuan sekali pun. Oleh itu, para pelajar Malaysia khususnya pelajar Melaka disarankan agar tidak mudah membuat kesimpulan terhadap keadaan yang berlaku di Mesir sebelum memastikan kesahihannya agar tidak timbul sebarang propaganda yang boleh membimbangkan semua pihak di Mesir mahupun di Malaysia. Saya, selaku Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka ( IMAM ) Mesir amat mengharapkan kerjasama dari semua anak Melaka tidak kira yang tinggal di Kaherah mahupun di muhafazah agar sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau. Namun begitu sama-samalah kita berdoa agar keamanan di penempatan pelajar Malaysia berpanjangan dan masih terkawal. Saya mewakili barisan kepimpinan IMAM amat mengalu-alukan kedatangan atau makluman dari semua pelajar Melaka yang ingin memohon pertolongan atau bantuan dari pihak kami. Sebarang masalah bolehlah menghubungi talian seperti yang tertera di bawah atau datang sendiri ke pejabat IMAM di Wisma Seri Melaka bagi memudahkan lagi urusan bersama.
*talian yang boleh dihubungi :
Syed Luqman : +201142375150
Aimi Najwa : +201116659772
*talian yang boleh dihubungi :
Syed Luqman : +201142375150
Aimi Najwa : +201116659772
No comments:
Post a Comment