Saturday, February 11, 2012

PERLAWANAN FUTSAL 2012


8 Febuari 2012 - Satu perlawanan futsal telah diadakan hasil kerjasama antara Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir dan Kelab UMNO Kaherah. Perlawanan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa-mahasiswa seluruh Kaherah.  Perlawanan telah diadakan di stadium tertutup bertempat di Nadi Riyadhi.
            Sebanyak 12 pasukan telah berdaftar untuk menyertai perlawanan tersebut. Hadiah untuk tempat pertama wang tunai sebanyak 1000 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan 360, tempat kedua wang tunai sebanyak 700 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan MARK FC , dan tempat ketiga wang tunai sebanyak 500 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan Lebah. Hadiah saguhati tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Asparagus serta sijil penyertaan bagi semua peserta.
            Majlis penyampain hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka di Mesir, Ustaz Muhd Anwar bin Idris. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ilya, Pengerusi MTP Negeri Sembilan dan Ustaz Badrul, Bekas Pengerusi MTP Negeri Sembilan kerana sudi menjadi pengadil pada hari perlawanan. Diharapkan program mega seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Kumpulan 360 selaku Juara 

Barisan pemain dan penonton

Kumpulan MARK FC selaku Naib Juara 

Semasa perlawanan berlangsung

Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris bersama para urusetia program



Semasa perlawanan berlangsung


Penyampaian hadiah oleh Ustaz Anuar kepada wakil Kumpulan 360

No comments:

Post a Comment