Friday, October 12, 2012

USAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA MEMPERTINGKATKAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Universiti Sriwijaya (UNSRI), Sumatera Selatan,Indonesia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Palembang baru baru ini.

MoU antara KUIM dan UNSRI itu merupakan salah satu usaha DMDI di bawah biro pendidikan bagi memperkasakan bidang pendidikan di antara negara-negara anggota DMDI.Naib Canselor KUIM, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim berkata, program kerjasama seperti ini sangat baik bagi pembangunan dan peningkatan bidang pendidikan dalam negara-negara DMDI apatah lagi KUIM bakal dinaik taraf ke Universiti Penuh pada tahun 2014.

Selain MoU, KUIM dan UNSRI, KUIM turut menandatangani MoU dengan Jamiyah Singapura dan Politeknik Unggul, Medan Indonesia. Terdahulu program Diploma Syariah Islamiyyah KUIM telah ditawarkan di Jamiyah Singapura dan sambutan menggalak menjadikan pihak Jamiyah Singapura menambah
program Francais, iaitu Diploma Usuluddin dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat.Manakala Politeknik Unggul Medan berminat dengan program kejururawatan KUIM untuk ditawarkan di politeknik
mereka.Dan ini merupakan peluang yang terbaik bagi semua pelajar untuk meruskan kewajipan menuntu ilmu .

No comments:

Post a Comment