Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ALLAH yang sentiasa melimpahkan rezeki dan rahmat kepada hamba hamba yang dikehandaki-Nya
Ketika kita sedang sibuk dengan urusan duniawi ini tanpa kita sedari telah pun menjangkau hari yang wajib diketahui dan diingati oleh umat islam iaitu hari ISRA' MIKRAJ yang bertarikh 27 rejab.
Para pembaca sekalian,
walaupun isra' mikraj ini disambut setiap tahun namun mengingati peristiwa ini adalah salah satu cara untuk kita mempertingkatkan iman kepada ALLAH.
Isra' bermaksud perjalanan Nabi S.A.W menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqsa,Palestin manakala Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidhatil Muntaha iaitu langit ketujuh
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini berlaku dalam masa satu malam sahaja dan baginda ditemani oleh dua malaikat iaitu malaikat jibril dan mikail.Menariknya,sebelum baginda menghadap ALLAH,baginda telah menjalani pembedahan hati oleh malaikat.
Para pembaca yang dikasihi,
sepanjang perjalanan Rasulullah S.A.W telah menghadapi detik dan peristiwa yang penuh simbolik dan ajaib.
Antara peristiwa yang disaksikan oleh Baginda adalah kubur Mashitah yang harum semerbak bunga,sekumpulan manusia yang memecahkan kepala mereka sendiri akibat berat kepala untuk sujud kepada ALLAH,sekumpulan lelaki yang menghimpunkan kayu namun tidak dapat dipikulnya tetapi ditambahkan lagi kayu yang lain akibat tidak menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain dan sebagainya.
Semasa mikraj pula,Rasulullah S.A.W dan malaikat telah didatangi sebuah tangga yang indah dari syurga untuk pergi dari langit pertama hingga ke langit kesepuluh untuk bermunajat kepada ALLAH.
Selepas mikraj,Rasulullah S.A.W kembali ke langit dunia pada malam yang sama dengan menaiki Buraq.
Pembaca yang dihormati,
kesimpulannya walaupun peristiwa Isra' Mikraj memperlihatkan kejadian aneh dan ajaib namun ia adalah penting untuk kita memahami dan menghayati setiap kejadian yang berlaku agar diri ini dapat memberi keinsafan dan kepercayaan kepada ALLAH yang Maha Berkuasa.
Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment