بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Pada 23 Julai 2013, Kelab Peguam Muda Mesir telah mengadakan
Majlis Iftar Perdana di Rumah Negeri Johor Hayyu Thamin. Ikatan Mahasiswa Anak
Melaka (I.M.A.M) Mesir yang diwakili pengerusi dan setiausahanya telah hadir
dalam majlis tersebut. Turut juga hadir bagi memeriahkan Majlis Iftar Perdana
ini adalah Hj Maulan bin Asmoni, Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Johor di
Mesir, Ustaz Khairi bin Jalalluddin, Atase Pendidikan Education Malaysia Egypt(
EME), Ustaz Muhd Anwar bin Idris, Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka
di Mesir, dan pegawai-pegawai rumah negeri yang
lain.
Majlis bermula dengan bacaan doa berbuka puasa. Selepas berbuka
para hadirin yang hadir menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Majlis diteruskan
dengan jamuan hidangan berat yang telah disediakan oleh Kelab Peguam Muda
Mesir. Majlis juga tidak ketinggalan diisi dengan tazkirah yang telah
disampaikan oleh Ustaz Muhd Anwar bin Idris, Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan
Pelajar Melaka di Mesir.
Dengan ini juga disertakan gambar-gambar semasa majlis
berlangsung.
|
Pengerusi Majlis memulakan majlis. |
|
Hadirin menunggu jamuan dihidang. |
|
Pegawai-pegawai dan pembantu pegawai rumah negeri sebelum menjamu selera. |
|
Ustaz Muhd Anwar bin Idris menyampaikan tazkirah. |
|
Syed Luqman Hakim bin Syed Alwi Pengerusi I.M.A.M dan Ustaz Ibrahim bin Hussein, Pembantu Pegawai HEP Melaka di Mesir bersama pegawai yang lain. |
No comments:
Post a Comment