Sunday, April 3, 2011

PERJALANAN IMAM KE MUHAFAZAH BELUM SELESAI

MANSOURA


Mansoura, 1 April 2011- Usaha wakil-wakil IMAM menjelajah ke muhafazah tidak hanya berhenti di Iskandariah. Dengan segala tenaga dan kesungguhan yang ada, perjalanan kami diteruskan lagi ke Mansoura.  Ketibaan kami telah disambut baik oleh saudara Amin iaitu pelajar tahun 5 perubatan Mansoura Manchester di bawah tajaan Tapem dan para sahabat yang lain. Walaupun bilangan kehadiran para pelajar yang hadir tidak seperti yang di jangka, namun itu bukanlah menjadi satu medium untuk mematahkan semangat kami untuk terus berjuang membetulkan spekulasi negatif yang di salah anggap oleh pelajar muhafazah terhadap IMAM. Namun kehadiran segelintir pelajar telah menaikkan lagi semangat kami utk lebih dekat dgn ahli di muhafazah. Perjumpaan tersebut dimulakan dengan sesi ta'aruf daripada wakil IMAM dan kemudian diikuti dengan ahli-ahli yang lain.

antara pelajar tahun 5 perubatan mansoura manchester yg hadir dan sempat beramah mesra dengan wakil IMAM

penerangan dan penjelasan daripada saudara Shahir (Setiausaha IMAM)

Dr. Amin iaitu pelajar tahun 5 mansoura manchester yang bertanggungjawab menjayakan program ini serta mengumpulkan pelajar Melaka Mansoura

gambar kenangan para pelajar Mansoura dan wakil IMAM...

Jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang mampu meluangkan masa dan tenaga untuk menghadiri majlis ini. Walaupun secara fizikalnya hanya sebahagian kecil sahaja yg menghadiri program ini, namun kami percaya itu tidak bermakna yang lain tidak menyokong gerak kerja IMAM tetapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa mengutamakan urusan masing-masing yang lebih penting dalam menuju kejayaan. Kami amat menghargai sokongan para pelajar perubatan dan pengajian Islam di semua muhafazah.

SYUKRAN JAZILAN....  



No comments:

Post a Comment