Kaherah, 6 April 2011- Beberapa orang AJKT IMAM yang diketuai oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM) telah berkunjung ke rumah seorang pelajar Malaysia yang disahkan mengalami tekanan perasaan. Nama pelajar tersebut adalah Ahmad Bin Razali merupakan pelajar di bawah tajaan negeri Perlis. Namun kini, pelajar berkenaan telah menumpang di rumah Kuala Lumpur memandangkan rumah Perlis masih belum di buka. Para pelajar Melaka juga turut menghulur bantuan dengan mengadakan derma kilat bagi meringankan sedikit sebanyak bebanan yang di hadapi. Dana yang dikumpul juga bertujuan bagi membantu menampung kos perjalanan pulang pelajar bekenaan ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan di sana.
saudara Iqbal menziarahi Ahmad
penyerahan hasil wang derma kilat kepada Mokhtar Bin Razali (abang kepada Ahmad)
Di harapkan kepada semua sahabat dapat mendoakan saudara Ahmad cepat sembuh daripada sakitnya.
No comments:
Post a Comment