Saturday, July 2, 2011

KURSUS KEMAHIRAN SENSITIVITI

1 Julai 2011, Kaherah - Seramai kira - kira 33 orang mahasiswa serta mahsiswi pengajian islam dan perubatan  Melaka, Mesir yang terdiri daripada 12 mahasiswa dan 21 mahasiswi telah menghadiri Bengkel Kursus Kemahiran Sensitiviti Bagi Kecemerlangan Diri. Kursus ini juga disambut baik oleh pihak Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar Negeri Sembilan dengan kehadiran 5 orang mahasiswa dan mahasiswi mereka.  Kursus ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Said. Dato Haji Abd Rahim Bin Haji Abu (Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM)  selaku pengendali serta penceramah bagi bengkel ini. Bengkel ini telah diadakan di ruangan Kafeteria Wisma Seri Melaka  jam 0800 waktu Mesir. Kursus ini dimulakan dengan sedikit pengenalan program serta diikuti oleh aktiviti berkumpulan. Para pelajar telah dibahagi kepada 4 kumpulan kecil iaitu, 2 kumpulan dari pihak mahasiswi dan 2 kumpulan dari mahasiswa. Aktiviti ini telah memberi pelbagai pengajaran serta moral dalam diri semua pelajar yang terlibat. Antaranya ialah sikap saling membantu, kerjasama, simpati, yakin serta berfikiran terbuka. Kemudian kursus diteruskan lagi dengan sedikit ulasan kesimpulan oleh penceramah. Majlis penutup  dimulakan dengan ucapan sepatah dua kata oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka, Mesir, Ustaz Muhd Anwar Bin Idris. Upacara penyampaian sijil kepada para pelajar telah menutup tirai Kursus Kemahiran Sensitiviti yang telah berjaya diadakan hasil kerjasama Ketua Pegawai Eksekutif INSPIM, Pegawai HEP Melaka, Mesir dan  Pembantu Pegawai HEP Melaka, Mesir, Encik Ridwan Bin Abu Samah. Pelajar dibenarkan bersurai kira-kira jam 1200.

Proses pengenalan objektif kursus oleh Dato Rahim

Antara aktiviti berkumpulan bagi pelajar perempuan

Antara aktiviti berkumpulan bagi mahasiswa

Saudari Nur Azleen merupakan salah seorang mahasiswi yang menerima sijil  

Saudara Rifqi ketika menerima sijil penyertaan

Barisan mahasiswa yang menyertai kursus tersebut

Para mahasiswi yang mengikuti kursus ini

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini... 





No comments:

Post a Comment