Saturday, July 2, 2011

SALAM WIDA'

2 Julai 2011, Kaherah - Selepas solat fardhu zohor berjemaah di surau WSM semua penghuni dijemput untuk menghadiri majlis perpisahan bersama Dato Haji Abd. Rahim Bin Haji Abu dan Ustaz Said. Majlis ini merupakan majlis terakhir bagi meraikan kedatangan beliau ke Mesir sekali gus kepulangan beliau ke tanah air semula.Di atas keprihatinan mereka berdua, Dato Hj Abd. Rahim dan Ustaz Mohd Said telah meninggalkan beberapa nasihat serta harapan kepada mahasiswa dan mahasiswi Melaka di Mesir. Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Ustaz Mohd Said. Dalam ucapan beliau ada menekankan agar semua mahasiswa dan mahasiswi menyediakan diri dalam menghadapi segala cabaran di alam pekerjaan apabila pulang ke tanah air nanti. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Dato Hj Abd. Rahim. Beliau telah berpesan bahawa kita sebagai manusia harus meletakkan keegoan kita di tempat yang sepatutnya dan jagan membiarkan keegoan menguasai diri. Beliau telah meninggalkan satu ungkapan yang memberi maksud yang mendalam dan memberi erti dalam diri semua untuk direnungkan.Ungkapan tersebut ialah :

K - Kerjasama dan kreatif
I - Inisiatif
S - Sensitif
S - Sabar

S - Sentiasa
M - Merancang
A - Akur dalam hak masing2
R - Rasional
T - Tetapan (takdir)



Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Dato Haji Abd. Rahim pada jam 1315.

No comments:

Post a Comment