Saturday, December 15, 2012

JAULAH PORT SAID


 Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurniaNya Jaulah ke Port Sa’id buat kali pertama anjuran Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir telah berjaya dilaksanakan.
                Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada anak Melaka dan beberapa orang wakil daripada Nur Tower telah menyertai jaulah tersebut.Dalam jaulah tersebut, dua orang Pembantu Pegawai HEP turut serta untuk memantau perjalanan kami. Para peserta dikehendaki berkumpul di hadapan Wisma Seri Melaka Mesir seawal jam 6.30 pagi untuk sesi pendaftaran.
                Perjalanan  kami dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ibrahim bin Hussein (Pembantu Pegawai HEP). Setelah hampir 3 jam perjalanan, kami berhenti buat sementara berdekatan dengan jambatan yang menghubungkan Qantara dengan Utara Sinai. Pemandu pelancong yang ditugaskan ketika itu, Ustaz Hassan memberikan sedikit info mengenai spesifikasi jambatan tersebut. Setelah itu, kami meneruskan semula perjalanan ke Port Sa’id dan tiba di sana pada jam 11.30 pagi. Kemudian kami menaiki feri ke Port Fuad dan berhenti seketika untuk bergambar. Setelah selesai makan tengahari dan solat Jamak Zuhur-Asar, jaulah diteruskan lagi dengan aktiviti membeli baju sejuk yang merupakan tujuan utama jaulah ini diadakan.
                Setibanya kami di sana, terlihat riak wajah peserta yang ceria kerana ada segelintir perserta yang merupakan kali pertama sampai di Port Sa’id. Kami membahagikan para peserta kepada dua kumpulan ikhwah dan akhawat dan mula berpecah mengikut hala tuju masing-masing. Mereka diberi masa selama 2 jam untuk membeli baju sejuk di pasar berdekatan.
                Selepas hampir 2 jam, semua peserta berkumpul semula di sebuah masjid berdekatan. Setelah semua peserta berada di dalam bas, kami meneruskan perjalanan ke Dumiyat dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Setibanya kami di sana, para peserta diberikan makanan malam. Di sana terdapat sebuah tempat yang dinamakan Ra’sul Bar yang merupakan sebuah destinasi pelancongan istimewa di Dumiyat dimana menjadi tempat pertemuan antara Sg.Nil dan Laut Mediterranen. Seperti yang tercatat di dalam Al-Quran, Surah Ar Rahman ayat 18-19 yang bermaksud ‘Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (18). Dia membiarkan dua laut mengalir dan kemudiannya bertemu (19). Waktu senja juga membibitkan kenangan terindah setiap peserta dimana sesi bergambar diadakan dengan berlatarbelakangkan keindahan pertemuan dua lautan dan rumah api.
                Setelah selesai, para peserta menunaikan solat Maghrib di masjid berdekatan dan kemudian kami bertolak semula ke Kaherah. Alhamdulillah, jaulah yang merupakan kali pertama diadakan oleh IMAM Mesir berjaya dilaksanakan di samping dapat mengenali lebih dekat bumi yang penuh barakah ini.







Friday, November 2, 2012

SAMBUTAN AIDILADHA 2012

Kaherah, 27 Oktober 2012 - Program Hari Raya Aidiladha anjuran Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka Mesir dengan kerjasama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir telah selamat dilaksanakan dengan jayanya.

Seramai 70 orang anak Melaka telah hadir untuk membantu menjayakan program sembelihan tersebut.Turut hadir ialah Timbalan Mufti Negeri Melaka,Dr.Mohadis bin Yaasin.Program dimulakan dengan aktivit sembelihan 1 ekor lembu dan 3 ekor kambing yang dikendalikan oleh Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan Pelajar Melaka di Mesir,Ustaz Mohd Anwar bin Idris,Timbalan Mufti Negeri Melaka,Dr.Mohadis bin Yaasin dan juga Pengerusi Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir,Syed Luqman Hakim bin Syed Alwi.

Kemudiam,program diteruskan lagi dengan aktiviti melapah daging yang dilaksanakan oleh semua pelajar Melaka.Pengagihan daging turut dilakukan setelah selesai aktiviti melapah.Alhamdulillah,ramai golongan fakir miskin yang tinggal berdekatan dengan kawasan Wisma Seri Melaka Mesir dapat menerima daging agihan yang merupakan satu sunnah kepada umat Islam seluruh dunia.Pembahagian daging juga turut diagihkan kepada semua pelajar Melaka yang menetap di Wisma Seri Melaka Mesir dan pelajar Melaka yang lain yang menetap di rumah sewa.

Jamuan Hari Raya Aidiladha disambut dengan meriahnya pada keesokan harinya bersama anak Melaka,Johor dan Perak bertempat di Rumah Johor Hayyu Thamin.Jamuan ini dimulakan dengan ucapan daripada Presiden Majlis Tertinggi Anak Johor dan 3 orang Pegawai Negeri.Majlis jamuan ini selesai lebih kurang jam 10 malam setelah selesai gotong-royong membersihkan kawasan siap dilakukan dengan jayanya.

Setinggi ucapan tahniah diucapakan kepada seluruh anak Melaka yang terlibat secara langsung mahupun tidak terutamanya dari Ahli Jawatankuasa IMAM Mesir kerana bertungkus lumus untuk memastikan program tersebut berjalan lancar.Tidak dilupakan juga kepada Pegawai HEP Mesir,Ustaz Mohd Anwar bin Idris yang turut membantu dan memberi tunjuk ajar kepada semua AJKT IMAM Mesir.

Hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)




















Thursday, October 25, 2012

Persediaan Menyambut Aidiladha 2012

AJKT IMAM bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar Negeri Melaka,Ustaz Mohd Anwar dan juga Pegawai Negeri Johor,Ustaz Husni Tamrin memilih haiwan korban sempena Aidiladha di Mahattoriyah yang terletak jauh dari bandar Kaherah.

Tahniah diucapkan kepada Pegawai HEP Melaka,Ustaz Mohd Anwar,Pengerusi dan Timbalan Pengerusi IMAM Mesir dan tidak lupa kepada semua anak Melaka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langung kerana memberikan komitmen yang terbaik untuk persediaan Hari Raya Aidilaha 2012.

Sahabat Ali r.a berkata, “Barang siapa berangkat dari rumah hendak membeli haiwan korban, maka langkahnya memperoleh 10 kebaikan dan dihilangkan 10 keburukan.












Saturday, October 20, 2012

AKTIVITI GOTONG-ROYONG SEMPENA AIDILADHA 2012

Barisan Ahli Jawatankuasa IMAM Mesir ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anak Melaka di Mesir yang terlibat untuk menjalankan aktiviti gotong-royong yang diadakan pada 19 Oktober sempena Hari Raya Aidiladha bertempat di Rumah Melaka Lama.

Kami amat berbangga dengan semangat kerjasama kerana mereka sanggup berpenat lelah dan bermandi peluh membersihkan rumah Melaka Lama untuk aktiviti korban yang dijangka akan diadakan pada 27 Oktober 2012. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.








Wednesday, October 17, 2012

SAMBUTAN AIDILADHA 2012


Assalamualaikum w.b.t.
Memandangkan Hari Raya Aidiladha akan jatuh pada tarikh 26 Oktober 2012, IMAM Mesir akan mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin membeli binatang untuk dijadikan korban sempena Aidiladha.
Mari kita bersama-sama melakukan ibadah korban.


Untuk pendaftaran:

Syed Luqman Hakim:+20119551035
Ku Hanisah: +201125851069

Lembu - satu bahagian 1/7 : 1300 LE
Kambing- satu bahagian : 700 LE



Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, 
kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". 
(HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)





LOVE PALESTIN NIGHT


Pada 9 November 2011,ISMA Mesir akan mengadakan satu konsert iaitu LOVE PALESTINE NIGHT.
Oleh itu,diharapakan kepada semua anak Melaka di Mesir agar dapat bersama-sama menghadiri konsert tersebut untuk menunujukkan sokongan kita terhadap negara Palestin.

Untuk mendapatkan tiket konsert tersebut,sila hubungi:

IZZAT HUSMAN :01128040741
MARYAM SYAKIRAH :01115592713

Friday, October 12, 2012

USAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA MEMPERTINGKATKAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN

Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Universiti Sriwijaya (UNSRI), Sumatera Selatan,Indonesia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Palembang baru baru ini.

MoU antara KUIM dan UNSRI itu merupakan salah satu usaha DMDI di bawah biro pendidikan bagi memperkasakan bidang pendidikan di antara negara-negara anggota DMDI.Naib Canselor KUIM, Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim berkata, program kerjasama seperti ini sangat baik bagi pembangunan dan peningkatan bidang pendidikan dalam negara-negara DMDI apatah lagi KUIM bakal dinaik taraf ke Universiti Penuh pada tahun 2014.

Selain MoU, KUIM dan UNSRI, KUIM turut menandatangani MoU dengan Jamiyah Singapura dan Politeknik Unggul, Medan Indonesia. Terdahulu program Diploma Syariah Islamiyyah KUIM telah ditawarkan di Jamiyah Singapura dan sambutan menggalak menjadikan pihak Jamiyah Singapura menambah
program Francais, iaitu Diploma Usuluddin dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat.Manakala Politeknik Unggul Medan berminat dengan program kejururawatan KUIM untuk ditawarkan di politeknik
mereka.Dan ini merupakan peluang yang terbaik bagi semua pelajar untuk meruskan kewajipan menuntu ilmu .

Thursday, October 11, 2012

TAHNIAH BUAT IMAM MESIR

Sekalung ucapan tahniah buat Ikatan Mahasiswa Anak Mesir (IMAM) Mesir yang telah mendapat sijil pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri Melaka yang ditandatangani sendiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Semoga seluruh Ahli Jawatankuasa IMAM Mesir meneruskan usaha dan perjuangan untuk memartabatkan agama,bangsa dan negara.

Sunday, February 12, 2012

KEMENTERIAN KESIHATAN LARANG RAWATAN LINTAH

Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain. 

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan. 

“Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah. 

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku, ” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil. 
Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit. 

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya. 

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.



Sumber : Berita Harian Online

Saturday, February 11, 2012

PERLAWANAN FUTSAL 2012


8 Febuari 2012 - Satu perlawanan futsal telah diadakan hasil kerjasama antara Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir dan Kelab UMNO Kaherah. Perlawanan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa-mahasiswa seluruh Kaherah.  Perlawanan telah diadakan di stadium tertutup bertempat di Nadi Riyadhi.
            Sebanyak 12 pasukan telah berdaftar untuk menyertai perlawanan tersebut. Hadiah untuk tempat pertama wang tunai sebanyak 1000 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan 360, tempat kedua wang tunai sebanyak 700 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan MARK FC , dan tempat ketiga wang tunai sebanyak 500 LE serta pingat dimenangi oleh Kumpulan Lebah. Hadiah saguhati tempat keempat dimenangi oleh Kumpulan Asparagus serta sijil penyertaan bagi semua peserta.
            Majlis penyampain hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka di Mesir, Ustaz Muhd Anwar bin Idris. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ilya, Pengerusi MTP Negeri Sembilan dan Ustaz Badrul, Bekas Pengerusi MTP Negeri Sembilan kerana sudi menjadi pengadil pada hari perlawanan. Diharapkan program mega seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Kumpulan 360 selaku Juara 

Barisan pemain dan penonton

Kumpulan MARK FC selaku Naib Juara 

Semasa perlawanan berlangsung

Pegawai Hal Ehwal Pelajar Melaka di Mesir Ustaz Muhd Anwar bin Idris bersama para urusetia program



Semasa perlawanan berlangsung


Penyampaian hadiah oleh Ustaz Anuar kepada wakil Kumpulan 360

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN


5 Januari 2012 -  Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) dengan kerjasama Kelab UMNO Kaherah  telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin. Majlis ini telah diadakan di Surau Wisma Seri Melaka.  Majlis ini bertujuan sebagai persediaan kepada mahasiswa dan mahasiswi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
            Majlis bermula pada jam 5.00 petang dengan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian, diikuti dengan bacaan Yassin, solat Isyak berjemaah dan solat sunat hajat. Majlis telah diketuai oleh Ustaz Hafiz bin Datuk Hamzah selaku pengerusi Kelab UMNO Kaherah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.