Thursday, March 31, 2011

MAJLIS PERASMIAN IMAM

Majlis perasmian IKATAN MAHASISWA ANAK MELAKA (IMAM) MESIR telah diadakan di dewan SMK Dato' Abdul Rahman Yaakob pada hari Sabtu, 5 Mac 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam dan upacara pemaparan banting sebagai simbolik perasmian. 

Majlis ini telah mendapat sambutan daripada sebahagian besar pelajar-pelajar Melaka, Mesir yang dipengerusikan oleh saudara Syed Luqman Hakim bin Syed Alwi, selaku ketua penerangan IMAM. 

Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ahmad Shahir bin Shapie yang merupakan setiausaha IMAM. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil IMAM iaitu saudara Omar Bin Mokhtar (Timbalan Pengerusi IMAM) selaku pemangku Pengerusi IMAM. Saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM) tidak pulang ke Malaysia sewaktu proses evakuasi dijalankan kerana beliau memikul tanggungjawab sebagai wakil para pelajar Melaka yang membantu Pegawai Hal Ehwal dan Kebajikan  Pelajar Melaka di Mesir, Ustaz Mohd  Anwar Bin Idris dalam pengurusan pelajar.

Kemudian tibalah masa yang ditunggu- tunggu iaitu ucapan daripada Ketua Menteri Melaka sekali gus menyempurnakan upacara perasmian IMAM. Majlis diakhiri dengan penyampaian tiket pulang ke Mesir bagi pelajar-pelajar perubatan serta penyampaian cenderahati kepada para tetamu kehormat dan sedikit jamuan ringan.

semasa ketua menteri melaka menyampaikan ucapan....


penyampaian tiket kepada pelajar perubatan Melaka oleh YAB Ketua Menteri dan diiringi oleh beberapa pegawai  Yayasan Melaka yang bertanggungjawab menguruskan tiket para pelajar

wajah-wajah keriangan para pelajar menunjukkan tiket pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian masing-masing

No comments:

Post a Comment