Friday, March 11, 2011

SEJARAH PENUBUHAN

Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir merupakan satu persatuan yang ditubuhkan hasil perbincangan dan persetujuan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Kunjungan Ketua Menteri Melaka serta para pegawai ke penempatan para pelajar yakni Wisma Seri Melaka, Mesir bertujuan untuk mengumumkan idea pembentukan persatuan baru ini kepada semua pelajar perubatan dan pengajian islam Melaka. Tanggal 28 Disember 2010 telah menjadi tarikh keramat bagi IMAM sekali gus menjadi tarikh penubuhan persatuan ini.

Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir telah didaftarkan dan bernaung di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah secara rasmi pada 2 Mac 2011 dan telah berjaya didaftarkan sebagai persatuan perwakilan pelajar Melaka di Mesir dengan nombor pendaftaran KBMK / PPP 11.

Majlis Pelancaran IMAM secara rasmi telah diadakan di dewan sekolah SMK Dato Abdul Rahman Yaakob, Merlimau pada hari Sabtu bersamaan 5 Mac 2011 oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.




No comments:

Post a Comment