Thursday, March 31, 2011

TAHNIAH KEPADA PENGERUSI....


ALHAMDULILLAH....
Dengan kesungguhan dan usaha yang gigih, saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM) telah berjaya menghabiskan sesi talaqi Al-Quran bersama  Syeikh Ahmad Ali. Saudara Iqbal telah menjalani sesi talaqi ini selama 40 jam dan seterusnya telah khatam sanad pada 8 MAC 2011 di atas pemantauan Syeikh Nabil. Untuk pengetahuan semua, saudara Iqbal ialah seorang pelajar tahun 2 di Fakulti Pergigian, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Saudara Iqbal telah membuktikan bahawa pelajar perubatan juga tidak ketinggalan dalam mencari ilmu agama      di bumi anbia' ini. Tiada sempadan dalam mencari ilmu ukhrawi di samping menimba ilmu duniawi yang merupakan sebahagian dari tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini.. Hukum mencari ilmu ukhrawi sebagai bekalan kita merupakan fardhu ain iaitu wajib ke atas umat islam.. Ini tidak bermakna ilmu duniawi boleh di ketepikan kerana hukum menimba ilmu ini ialah fardhu kifayah sama nilai kepentingannya dengan ilmu akhirat. Oleh itu, walau macam mana sibuk atau susahnya kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan mahupun pergigian atau pengajian lain, ilmu agama haruslah sentiasa penuh di dada. Dengan itu, generasi umat islam kini akan bertambah maju ke hadapan kerana lahirnya keluaran doktor atau profesion lain yang mantap dalam pelbagai aspek..

kenangan saudara Iqbal bersama Syeikh Ahmad Ali pada hari terakhir pengajian

 saudara Iqbal mengaji dengan khusyuknya semasa proses pengajian bersama Syeikh Nabil

Kelas talaqi Al-Quran ini terbuka kepada semua. Bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi Ustaz Omar di talian +20109502889. Pusat pengajian ini bertempat di Hayyu A'syir dan mempunyai pakej-pakej tertentu bergantung kepada tempoh masa pengajian. 



No comments:

Post a Comment