28 Jun 2011, Kaherah – Majlis Hi - Tea bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diadakan di kediaman Duta Besar Malaysia ke Mesir. Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir telah dijemput khas ke majlis tersebut. IMAM telah diwakili oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM), saudara Omar Bin Mohd. Mokhtar (Timbalan Pengerusi IMAM), saudara Syed Luqman Hakim Bin Syed Alwi (Ketua Penerangan). Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Dato’ Dr. Fakhrudin Bin Abdul Mukhti (Duta Besar Malaysia Ke Mesir). Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan tokoh negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohd. Beliau sangat menekankan sifat kesyukuran agar sentiasa dilindungi dan di rahmatiNYA. Kemudian majlis diakhiri dengan jamuan ringan..
Wakil AJKT IMAM bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad
Wakil AJKT IMAM bersama pegawai HEP negeri Melaka dan para pembantu beliau
Wakil AJKT IMAM bersama pembantu pegawai HEP Melaka
No comments:
Post a Comment