Thursday, June 30, 2011

MAJLIS BERSAMA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

28 Jun 2011, Kaherah – Majlis Hi - Tea bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diadakan di kediaman Duta Besar Malaysia ke  Mesir. Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir telah dijemput khas ke majlis tersebut. IMAM telah diwakili oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM), saudara Omar Bin Mohd. Mokhtar (Timbalan Pengerusi  IMAM), saudara Syed Luqman Hakim Bin Syed Alwi (Ketua Penerangan). Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Dato’ Dr. Fakhrudin Bin Abdul Mukhti (Duta Besar Malaysia Ke Mesir). Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan tokoh negarawan,  Tun Dr. Mahathir Mohd. Beliau sangat menekankan sifat kesyukuran  agar sentiasa dilindungi dan di rahmatiNYA. Kemudian majlis diakhiri dengan jamuan ringan..

Wakil AJKT IMAM bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad



Wakil AJKT IMAM bersama pegawai HEP negeri Melaka dan para pembantu beliau


Wakil AJKT IMAM bersama pembantu pegawai HEP Melaka

TINTA PENGERUSI SEMPENA IMTIHAN





Bismillahirahmanirrahim.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, di atas rahmat pengutusannya yang membawa sinar hidayah kepada kita, atas perjuangannya menongkah badai jahiliyyah untuk menyampaikan risalah iman dan taqwa kepada kita. Syukur ke hadrat Ilahi rabbi, kerana masih mengekalkan kita di dalam kelompok yang dimuliakan dengan Iman dan Islam.

Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyyah pernah menyebut, selain dari mensyukuri nikmat dikurniakan Iman dan Islam tersebut, kita juga perlu mensyukuri bila mana diberikan kita kefahaman yang daqeeq terhadap kedua-dua elemen tersebut. Apatah lagi sahabat-sahabat, bila kita dipilih oleh Allah s.w.t untuk menerajui perjuangan jihad ilmu di bumi Mesir ini yang mana saya yakin dan percaya, pembudayaan ilmu itu semakin rancak melihatkan banyaknya siri-siri program kerohanian, diskusi ilmiah dan lain-lain program yang dihadiri oleh ribuan mahasiswa yang dahagakan ilmu. Demikianlah sewajarnya bagi kita mahasiswa Islam, mestilah berlumba-lumba dalam perihal mendalami ilmu agama, ilmu yang sudah ada diperkasakan, ilmu yang belum dikuasai pula ditekuni agar difahami dengan jelas dan tepat.

Hindarkanlah diri dari melakukan kerja-kerja yang sia-sia, bukankah junjungan besar S.A.W pernah mengingatkan kita yang bermaksud;
“Antara keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengannya.”(Riwayat Tirmizi)

Peperiksaan merupakan suatu alat yang digunakan di dalam sistem pendidikan untuk menilai sejauh mana tahap pemahaman seorang mahasiswa dalam subjek yang dipelajarinya, Walaupun timbul pelbagai persoalan tentang kelemahan sistem ini dalam menilai kualiti sebenar seorang mahasiswa, namun ia masih merupakan suatu mekanisma yang tidak dapat digantikan lagi dengan mekanisma-mekanisma yang lain. Cuma perlulah kita sebagai mahasiswa memperbetulkan perspektif kita terhadap peperiksaan. Ramai mahasiswa yang menganggap peperiksaan adalah segala-galanya, matlamat yang mereka hendak hanyalah mempunyai keputusan cemerlang, gred A untuk mata pelajaran yang mereka ambil. Lantas, ilmu-ilmu yang dipelajari hanya untuk dimuntahkan keluar semasa menjawab kertas soalan.Berakhir sahaja peperiksaan, ilmu-ilmu yang dipelajari tiada yang melekat di hati, mana tidaknya, segalanya sudah dimuntahkan keluar dalam bentuk jawapan-jawapan di atas kertas. Saya tidak menafikan perlunya kita mencapai gred cemerlang kerana ia mampu memberi keyakinan kepada majikan semasa kita mahu memohon pekerjaan setamatnya dari pengajian nanti. Tetapi apa guna jika gred cemerlang tetapi akal hakikatnya kosong dari ilmu dan maklumat?

Peperiksaan sewajarnya bukan sahaja menjadi satu alat untuk kita mengukur tahap pemahaman kita, tetapi juga satu alat dalam proses pembelajaran kita. Segala kesalahan yang kita kenalpasti semasa peperiksaan, kita semak dan fahamkan semula, mungkin kita akan lebih faham dan ingat kerana kita sudah melakukan kesalahan tersebut semasa peperiksaan (yang mana impak kekesalan itu boleh membantu kita untuk tidak mengulanginya lagi di masa akan datang.). Proses menuntut ilmu ini merupakan satu proses yang panjang. Imam Syafie Rahimahullah sendiri pernah mengatakan menuntut ilmu itu, selain dari kesungguhan, masanya juga panjang, kerana luasnya bidang ilmu itu, takkan pernah selesai dalam jangka masa yang pendek. Maka, berusahalah untuk mencapai gred yang terbaik, janganlah terlalu bersedih bila keputusan tidak seperti jangkaan kita, perbetulkan kesilapan-kesilapan yang kita buat, itu sahaja sudah memberi ilmu baru pada kita dan juga membina diri kita agar lebih cekal dan tabah menghadapi ujian kehidupan di masa yang mendatang. Hayatilah hadith Nabi s.a.w
"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim).

Sebelum mengakhiri kalam saya kali ini, saya akhiri dengan satu kata-kata, “ you never know how strong you are, until being strong is the only choice left for you”. Bergeraklah dalam usaha menjadikan diri mahasiswa yang kuat, yang qawiyy. Berusahalah ke gerbang kejayaan, ikhlaskan niat kerana Allah, Moga Allah memberikan kejayaan yang lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba padaNYA yang Esa.



MUHAMMAD IQBAL BIN ARIFIN
Pengerusi,
Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir
Sesi 2011/2012




“KECEMERLANGAN TERAS KEGEMILANGAN”

Wednesday, June 29, 2011

ISRA' MIKRAJ


Sebelum Israk dan Mikraj:RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut, dilakukanoleh jibril, mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati baginda sawdicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempatsyaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah saw. Selesai pembedahan, didatangkan bintang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsha):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah saw diiringi (ditemani)oleh Jibril a.s dan Israfil a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, iaitu tempat nabi Musa asberkata-kata (munajat) dengan Allah; Baitul-Laham (tempat nabi 'Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapigangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikanperistiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanamanmereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Raslulullahsaw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fi sabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw diberitahu oleh jibril :Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersamasuaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakapuntuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun keranatetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagaituhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, laludipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril meberitahuRasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuksujud (sembahyang).Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubuldan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatangternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. KataJibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat hartamereka.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentahyang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril:Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelakidan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. KataJibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdayamemikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulahorang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir merekadengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidahdan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orangyang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidakmelakukannya.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kukutembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan dagingmanusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orangyang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudahterlambat.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagaiperhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulahdunia. Jika Rasulullah memberi perhatiankepadanya, nescaya umatIslam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruhRasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. KataJibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudianmasuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaatdengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum.

Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yangberisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. KataJibril: Baginda membuat pilhan yang betul.Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadisesat.Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):Didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah sawdan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintulangit dunia (pintu Hafzhah).Langit Pertama:Rasulullah saw dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpadengan nabi Adam a.s.Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan hartaanak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuanmereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung padasusu penzina perempuan.

Langit Kedua:Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk danbertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s.Langit Ketiga:Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.Langit Keempat:Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s.Langit Kelima:Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yangdikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnyadengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh olehJibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemudengan nabi Ibrahim Khlilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw,nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa denganAllah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if,maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanamtanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikansalamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baiktanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkansepohon pokok dalam syurga".Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah danJibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kedelapan:Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokokSidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaipanpada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungaiarak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.Tangga Kesembilan:Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa danSharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib didalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basahberzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memakiibu bapanya.

Tangga Kesepuluh:Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah Subhanahu wa Taala denganmata kepalanya, lantas sujud.Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:Allah S.W.T: Ya Muhammad.Rasulullah : Labbaika.Allah S.W.T Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kamiperkenankan.Rasulullah Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalildan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-katadengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dandapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepadaSulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun danmemudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapatmenyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orangmati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmusebagai penyampai berita gembiran dan amaran kepada umatmu.Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmusebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamupada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yangtidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmuayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan dibawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah,sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawahpanji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh(waktu) sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawamenemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s.menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberikeringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepassembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnyaAllah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu seharisemalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:Rasulullah a.s turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun keBaitul-Maqdis. Lalu menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekahpada malam yang sama. Dalam perjalanan ini bagina bertemudengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)peistiwa israk-mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayatperistiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulansebelum hijrah). Wallahu a'lam.[Ringkasan dengan bahasa moden daripada kisah Israk Mikraj dalam kitab Jam'ul-Fawaa`id]

GOTONG-ROYONG

Kaherah, 26 Jun 2011 - Pada jam 6 ptg barisan AJKT IMAM telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Wisma Seri Melaka dgn bantuan Pembantu Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Encik Ridwan bin Abu Samah.  Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membersih serta menambah ceria wisma. Gotong royong dimulakan dengan membersih kawasan halaman lobi WSM. Semua ahli yang terlibat telah berkerjasama menyapu, memberus serta membasuh lantai halaman tersebut. Pelajar perempuan telah membersihkan kawasan dalam lobi diikuti dgn kawasan luar lobi oleh pelajar lelaki.






Selepas itu, pelajar yang terlibat bersama membersihkan ruang kafeteria..

Aktiviti ini berjaya ditamatkan kira2 jam 7 mlm.. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat..

     

Friday, June 17, 2011

PERJUMPAAN: IMAM & MTP

Kaherah, 17 Jun 2011- Satu perjumpaan rasmi telah diadakan di antara Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) & Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir bertempat di Pejabat MTP, Kaherah, Mesir. IMAM di wakili oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifn (Pengerusi IMAM) dan MTP di wakili oleh Ustaz Ahmad Badrul Hisyam Shah Bin Rafiee (Pengerusi MTP).

Secara keseluruhannya, pertemuan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan di antara IMAM dan MTP. Selain daripada itu, banyak perkara yang telah dibincangkan dan dikongsi bersama terutamanya daripada segi aspek kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Semoga pertemuan ini menjadi langkah pertama bagi IMAM untuk memperluaskan hubungan luar dengan pihak-pihak yang lain. insyaALLAH...



Saudara Iqbal dan Ustaz Badrul

Monday, June 13, 2011

EC Malaysia



Oleh Noor Azlina Zainudin (Yang menyertai rombongan media ke Epsom College, Surrey, United Kingdom baru-baru ini)
azlina@nstp.com.my
2011/06/13

Bangunan akademik di EC UK bercirikan era Victoria
dan dihiasi lanskap menarik.
Bangunan akademik di EC UK bercirikan era Victoria dan dihiasi lanskap menarik.
SEAWAL penulis menjejakkan kaki ke pekarangan Epsom College (EC), sekolah berasrama dan harian yang menempatkan pelajar berusia 13 hingga 18 tahun yang terletak di Epsom Downs, United Kingdom (UK), mata sudah terpukau dengan keindahan landskap dan keunikan bangunan bercirikan era Victoria yang terdapat dalam kawasan seluas 32 hektar itu. 

Sambil berjalan menuju ke bangunan utama untuk dibawa bertemu Pengarah Kemasukan dan Komunikasi EC, Paul Green, kelihatan beberapa pelajar bergerak pantas menuju ke lokasi tujuan masing-masing sambil melemparkan senyuman dan ucapan selamat tanda hormat.
Pelajar lelakinya kelihatan segak berkot dan seluar biru gelap manakala skirt bagi pelajar perempuan, semuanya nampak cergas, berketerampilan, memiliki keyakinan tinggi dan berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian di EC.
Itulah anak-anak generasi muda hasil didikan EC yang kini terkenal dengan pelajarnya yang cemerlang dalam akademik selain menyerlah dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. 

EC bermula sebagai Royal Medical Benevolent College dan diasaskan oleh Dr John Propert pada 1853 yang mengumpul dana bagi membantu anak-anak yatim dan balu pegawai perubatan memperoleh pendidikan terbaik pada ketika itu. 

Kini EC berkembang sebagai sebuah sekolah terkemuka di UK dan menempatkan hampir 800 pelajar terdiri daripada pelajar harian, mingguan dan mendiami asrama sepenuh masa. 

Memiliki lebih daripada 50 bilik darjah yang menempatkan pelajar dalam jumlah yang kecil, dengan setiap bilik darjah dilengkapi kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diintegrasi dalam proses pembelajaran. 
Malah pelajar memiliki akses untuk menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di semua blok bangunan akademik dan asrama bagi menggalakkan penggunaan multimedia, internet dan emel dalam kalangan pelajar. 

Selain kecemerlangan akademik, EC turut membekalkan pelajar dengan pendidikan dan pengalaman baru dalam segala aspek serta diseimbangkan lagi dengan aktiviti kokurikulum yang bukan saja membabitkan sukan dan permainan, malah merangkumi bidang seni dan reka bentuk, muzik dan drama. 

Berlandaskan konsep sukan untuk semua, lebih 25 jenis sukan ditawarkan di EC. Antaranya olahraga, ragbi, kriket, hoki, bola jaring, tenis, merentas desa, golf, seni mempertahankan diri, perahu layar dan ‘rounders’. 

Menurut Paul, setiap pelajar diberi peluang sama rata untuk menyertai pertandingan sama ada pada peringkat dalaman atau wakil sekolah dan sehingga kini, EC sudah melahirkan ramai atlet sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. 

Selain itu, program seni dan reka bentuk direka khusus bagi pelajar yang mahu menyerlahkan bakat mereka dengan kemudahan studio khas bagi kerja seramik, pembuatan tembikar, arca, tekstil, fotografi dan seni lukis. 

Studio turut dilengkapi teknologi terkini seperti reka bentuk tambahan komputer dan pemotongan laser bagi membekalkan pelajar dengan pengetahuan tambahan seiring perkembangan semasa. 

Atas dasar mahu memberi peluang kepada masyarakat luar yang mahu anak mereka memperoleh pendidikan terbaik seperti di EC UK, EC bakal melebarkan sayapnya ke negara ini dan memilih kawasan seluas 28.3 hektar di Kuala Lumpur Education City yang terletak di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan sebagai lokasi pertama di luar UK. 

EC Malaysia yang sudah mengadakan majlis pecah tanah secara rasminya pada Ogos tahun lalu dan kampusnya dijangka siap menjelang hujung tahun depan. 

Berbeza dengan UK, EC Malaysia akan menawarkan lebih banyak peluang pendidikan kepada generasi muda bermula dengan kanak-kanak seawal empat hingga 11 tahun yang akan mengikuti sekolah junior harian di lokasi berhampiran. Sementara pelajar berusia 12 hingga 18 tahun akan mengikuti sekolah senior di dalam kampus utama. 

Di bawah pentadbiran pengetuanya, Gareth Eynon, EC Malaysia menjanjikan kecemerlangan pendidikan yang sama seperti di EC UK dengan menggunakan Kurikulum Kebangsaan British dan sesi pembelajaran dikendalikan dalam bahasa Inggeris. 

Pelajar sekolah senior akan mengikuti program di bawah International General Certificate of Secondary Education dan A-level manakala pelajar sekolah junior mengikuti New English Curriculum. 

Seperti juga di UK, EC Malaysia juga akan memiliki kemudahan pendidikan bertaraf dunia. Antaranya kelas matematik, kelas sains, kelas bahasa, makmal sains, bilik ICT, perpustakaan, studio reka bentuk, 14 bangunan asrama, bilik seni, padang sukan dan permainan serta pusat kesihatan. 

EC Malaysia juga akan mengekalkan reputasi EC sebagai pembekal pendidikan berkualiti tinggi selain menjadi landasan utama dalam menyediakan pelajar terbaik terutama yang bakal memasuki bidang perubatan di universiti di UK, Russell Group Universities selain universiti, kolej dan sekolah perubatan tempatan. 

Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan atau memperoleh keterangan lanjut mengenai EC boleh menghantar e-mel kepada enquiries@epsomcollege.edu.my atau layari laman web www.epsomcollege.edu.my. 

Saturday, June 4, 2011

Hiwar Agama

3 Jun 2011, Kaherah: Education Malaysia Egypt (EME) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan satu forum yang bertajuk "Isu Semasa: Cabaran JAKIM dan Institusi Agama di Malaysia" bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK).

IMAM telah dijemput secara rasmi oleh EME untuk menghadiri ke forum tersebut. IMAM telah diwakili sendiri oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi IMAM) ke forum tersebut yang telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti (Duta Besar Malaysia ke Mesir). Forum tersebut juga turut dihadiri oleh Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (Mantan Pengarah JAKIM), Prof Madya Dr. Haji Suaidi bin Dato' Haji Safei (Pengarah EME) dan beberapa orang pegawai daripada JAKIM dan EME. Forum tersebut telah membincangkan serta mengupas isu-isu semasa yang sedang berlaku di Malaysia. 



                                                                          

TAHNIAH KEPADA PENGERUSI....

Sebagaimana semua sedia maklum, kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Y.A.B Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan "OPS PIRAMID" pada bulan Februari yang lepas. OPS PIRAMID adalah satu operasi pemindahan semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir ke Jeddah dan seterusnya dihantar pulang ke Malaysia dengan bantuan daripada pihak ATM, MAS, AirAsia, Tabung Haji dan NGO. 

Pengerusi IMAM iaitu saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin telah terlibat secara langsung dalam operasi tersebut dengan menguruskan proses penghantaran mahasiswa anak Melaka ke Jeddah dan juga proses pengurusan kepulangan mereka ke Mesir semula.  Beliau adalah satu-satunya ketua persatuan pelajar di Mesir yang tidak pulang ke Malaysia semasa OPS PIRAMID dilancarkan kerana beliau merasa sangat bertanggungjawab dalam memastikan semua mahasiswa anak Melaka selamat di pindahkan ke Jeddah. 

Segala usaha dan pengorbanan beliau dalam operasi tersebut telah mendapat perhatian yang sangat serius oleh pihak (Kedutaan Besar Malaysia Kaherah).Oleh itu, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir iaitu Dato' Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti telah menyampaikan sijil penghargaan kepada beliau di atas sumbangan bakti dalam operasi tersebut.

Semoga pengorbanan beliau ini dapat menjadi contoh dan diteladani oleh mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut ilmu di Mesir. 


sijil penghargaan yang diterima oleh saudara Iqbal