Saturday, June 4, 2011

TAHNIAH KEPADA PENGERUSI....

Sebagaimana semua sedia maklum, kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Y.A.B Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan "OPS PIRAMID" pada bulan Februari yang lepas. OPS PIRAMID adalah satu operasi pemindahan semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir ke Jeddah dan seterusnya dihantar pulang ke Malaysia dengan bantuan daripada pihak ATM, MAS, AirAsia, Tabung Haji dan NGO. 

Pengerusi IMAM iaitu saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin telah terlibat secara langsung dalam operasi tersebut dengan menguruskan proses penghantaran mahasiswa anak Melaka ke Jeddah dan juga proses pengurusan kepulangan mereka ke Mesir semula.  Beliau adalah satu-satunya ketua persatuan pelajar di Mesir yang tidak pulang ke Malaysia semasa OPS PIRAMID dilancarkan kerana beliau merasa sangat bertanggungjawab dalam memastikan semua mahasiswa anak Melaka selamat di pindahkan ke Jeddah. 

Segala usaha dan pengorbanan beliau dalam operasi tersebut telah mendapat perhatian yang sangat serius oleh pihak (Kedutaan Besar Malaysia Kaherah).Oleh itu, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir iaitu Dato' Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti telah menyampaikan sijil penghargaan kepada beliau di atas sumbangan bakti dalam operasi tersebut.

Semoga pengorbanan beliau ini dapat menjadi contoh dan diteladani oleh mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut ilmu di Mesir. 


sijil penghargaan yang diterima oleh saudara Iqbal



No comments:

Post a Comment